Berita

Gejala Hutang di Kalangan Kakitangan Awam Kian Meruncing

Gejala hutang di kalangan kakitangan kerajaan semakin meruncing dimana laporan Bank Negara Malaysia menyatakan bahawa hampir separuh daripada gaji mereka telah digunakan untuk membayar hutang perbelanjaan.

Artikel Bank Negara Malaysia (BNM), “Hutang Pegawai Awam: Risiko dan Pertimbangan Dasar” menyatakan bahawa tahap hutang yang tinggi ini lebih ketara bagi mereka yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan.

Selepas mengambilkira perbelanjaan bulanan dan pembayaran hutang, golongan ini dianggarkan hanya mempunyai 15% atau RM360 hingga RM586 sahaja untuk kegunaan mereka sebulan.

Menurut laporan BNM, pinjaman peribadi (personal loan) ialah penyumbang utama kepada masalah hutang di kalangan kakitangan kerajaan. Pinjaman peribadi mewakili 2.3 peratus perkembangan hutang penjawat awam, iaitu empat kali ganda jumlahnya kepada hutang isi rumah negara (0.6 peratus). Ini bermakna penjawat awam mengambil lebih banyak pinjaman peribadi daripada rakyat Malaysia yang biasa.

Mengikut lokasi geografi, hampir separuh dari mereka yang berhutang tinggal di empat buah bandar utama, di mana kos sara hidup adalah lebih tinggi.

Lazimnya, pembiayaan peribadi digunakan untuk mengekalkan taraf hidup dan pilihan gaya hidup peminjam serta untuk kegunaan perniagaan kecil- kecilan.

Laporan tersebut turut menekankan pentingnya langkah-langkah untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran kewangan dikalangan kakitangan kerajaan untuk mengelakkan risiko hutang yang lebih besar di masa hadapan.

Pepatah Pepitih: Silalah baca Pepitih untuk mendapatkan nasihat kewangan peribadi yang berguna!

Gali Lagi:

  1. Artikel asal Bank Negara Malaysia: Klik Sini
  2. Laporan The Star: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button