Hong Leong Bank Lancar DuitSmart, Inisiatif Tingkatkan Ilmu Kewangan

Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank melancarkan inisiatif DuitSmart baru-baru ini demi meningkatkan ilmu kewangan masyarakat Malaysia.
Inisiatif ini menjadi realiti hasil usahasama bank tersebut dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta Universiti Malaya.
HLB DuitSmart akan mengkaji dan menyediakan maklumat pengetahuan kewangan dalam talian serta membolehkan rakyat Malaysia menyemak nilai kredit mereka melalui kerjasama dengan laman web iMoney dari 6 September hingga akhir bulan ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda, menguasai kewangan merupakan salah satu kemahiran hidup yang penting buat masa kini, dan DuitSmart telah pun dirangka berdasarkan tiga tunjang utama iaitu mewujudkan kesedaran tentang kemahiran kewangan, memberi bantuan dengan mekanisme yang betul serta membolehkan rakyat Malaysia bertindak dengan tepat.
“Lebih cepat kita memahami konsep ini, lebih cepat kita dapat memupuk tabiat bertanggungjawab kewangan yang akan meningkatkan kebebasan kewangan kita di masa hadapan, ” katanya lagi.
Untuk maklumat lanjut layari: https://www.hlb.com.my/duitsma
Pepatah Pepitih: Anda juga boleh membaca Pepitih untuk ilmu kewangan.
Gali Lagi: