Rancang Persaraan Sebaik Mula Bekerja: AKPK

Golongan muda perlu merancang persaraan sebaik sahaja melangkah ke alam pekerjaan untuk menjamin masa depan kewangan yang lebih baik.
Ketua pegawai eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Azaddin Ngah Tasir dilaporkan berkata persiapan awal dapat membantu seseorang individu mempunyai simpanan yang mencukupi di hari tua.
“Namun, kami yakin masih ada ruang untuk mendidik anak muda, terutama mengenai cara menambung, yang boleh dilakukan berdasarkan kadar perbelanjaan. Masih ramai yang tidak mempunyai simpanan yang mencukupi selepas persaraan,” beliau dipetik berkata dalam sebuah laporan Utusan Malaysia.
Justeru itu, beliau berharap agar kerajaan akan dapat mempertimbangkan pendidikan kewangan sebagai subjek mandatori di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) pada Belanjawan 2020 yang bakal dibentangkan bulan hadapan.
“Ilmu pengurusan kewangan kini menjadi satu keperluan berikutan masyarakat sentiasa terdedah dengan masalah hal ehwal kewangan,” katanya dalam sebuah laporan berita.
Menurut data AKPK, hanya 57 peratus rakyat negara ini yang memahami pentingnya kewangan yang stabil. Walaubagaimanapun, terdapat peningkatan segi minat orang ramai untuk mengetahui secara mendalam kaedah yang perlu dilakukan untuk mendapat skor kredit yang baik.
Pepatah Pepitih: Bacalah Pepitih untuk belajar serba sedikit ilmu asas kewangan peribadi. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Gali Lagi: