Berita

RM30 Akan Disalurkan Kepada Anda Tahun Hadapan

Seramai 15 juta rakyat Malaysia akan menerima RM30 yang akan disalurkan ke dalam e-wallet mereka pada tahun hadapan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilaporkan berkata, kerajaan kini sedang menghalusi sistem untuk menyalurkan wang berjumlah RM450 juta kepada syarikat e-wallet yang akan dipilih kelak.

“Khazanah Nasional Bhd akan mengumumkan perkhidmatan e-dompet yang terlibat kelak. Sekiranya peruntukan tersebut dituntut sepenuhnya dan berjaya merangsangkan perbelanjaan, Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan peruntukan tambahan.

“Sambutan baik juga akan membolehkan inisiatif ini diulangkan dengan mensasarkan lebih ramai pengguna, pedagang dan perkhidmatan e-dompet,” ujarnya dalam sebuah laporan Sinar Harian.

Lim telah mengumumkan peruntukan untuk e-wallet kepada rakyat ketika pembentangan Bajet 2020 pada bulan Oktober lalu.

Inisiatif ini dilaksanakan demi meningkatkan penggunaan e-wallet serta mewujudkan masyarakat tanpa tunai sejajar dengan aspirasi kerajaan.

Pepatah Pepitih: Jangan lepaskan ganjaran ini! Sila baca Pepitih untuk mengetahui perkembangan selanjutnya dan bagaimana mendapatkan RM30 secara percuma daripada kerajaan!

Gali Lagi:

  1. Laporan Sinar Harian: Klik Sini
  2. Laporan The Malaysian Reserve: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button