Satu Juta Rumah Mampu-Milik Dalam Masa 10 Tahun! Peluang Terbaik Untuk Merancang Pembelian Rumah

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan rancangan untuk membina 1 juta rumah mampu milik dalam masa 10 tahun akan datang untuk golongan B40.
Menurut laporan akhbar New Straits Times, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, membuat pengumuman tersebut semasa pelancaran Dasar Perumahan Negara (DRN) 2018-2025.
Sementara itu, Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM), yang akan menjadi sub kepada DRN. sedang dikaji dan bakal digubal, menurut laporan Berita Harian.
Antara lain, DRMM bakal menjanjikan keluasan rumah minimum pada 900 kaki persegi dan berharga antara RM95,000-300,000. Dasar itu juga selaras dengan DRN dengan beberapa polisi dan garispanduan baharu untuk pemaju bagi memastikan hak pembeli rumah terjamin.
Zuraida juga menyatakan pihaknya yakin akan dapat membina 61,000 daripada sasaran 100,000 unit rumah setiap tahun, dan selebihnya oleh kerajaan negeri dan pemaju swasta.
Satu inisiatif untuk membantu golongan B40 membeli rumah juga sedang dirangka bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan bakal diumumkan esok.
Pepatah Pepitih: Peluang yang baik untuk merancang pembelian rumah pertama anda! Sila baca artikel-artikel kami untuk pembeli rumah pertama ini:
Gali Lagi:
- Dana rumah mampu milik untuk membantu golongan B40: Klik Sini
- Ketahui Kos-kos Yang Anda Bakal Hadapi Sebagai Pembeli Rumah Pertama: Klik Sini
- Bagaimana Memilih Hartanah Pertama Yang Sesuai Untuk Anda: Klik Sini
- 4 Kesilapan Biasa Pembeli Rumah Pertama Yang Anda Mahu Elak: Klik Sini
- Dan istimewa untuk penjawat awam: Pembiayaan Pinjaman Perumahan 100% dengan LPPSA: Klik Sini