PNB Umum Pulangan 5.5 Sen Untuk ASB

Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5 sen seunit dan bonus 0.5 sen bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada tahun 2019.
Pengerusi PNB Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata ini melibatkan jumlah pembayaran RM9 bilion kepada lebih 10 juta pemegang unit.
Zeti berkata jumlah pemegang unit ASB melepasi paras 10 juta buat kali pertama pada tahun ini.
“(Kami) berpuas hati kerana keadaan adalah sangat mencabar,” katanya apabila ditanya sama ada PNB berpuas hati dengan prestasi itu.
Disebalik ketidaktentuan pasaran, perang perdagangan AS-China dan ketegangan geopolitik, serta kelembapan perdagangan global, ASB telah mampu mencapai agihan pendapatan berjumlah RM9 bilion pada 2019 daripada keuntungan yang direalisasikan yang dapat ditampung dengan meningkatkan pelaburan di peringkat global seperti disarankan di bawah Rangka Kerja Peruntukan Aset Strategik PNB.
ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan 6.50 sen seunit bagi ASB dengan bonus 0.50 sen pada tahun lepas dan 7 sen seunit dengan bonus 0.25 sen pada 2017.
Pepatah Pepitih: Walaupun pengagihan pendapatan tahun ini lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya, angka ini masih lebih baik daripada simpanan risiko rendah lain di pasaran. Pepitih menyarankan pelaburan dipelbagaikan untuk menangani risiko.
Gali Lagi: