Gaya Hidup

Dari Media Sosial: Perangkap Pinjaman Peribadi

Kami telah bertanya di media sosial untuk anda berkongsi keputusan kewangan paling buruk anda pernah ambil, dan kami sudah mendapat beberapa jawapan.

Saudara Zan telah berkongsi ciapan melalui Twitter yang dia membuat pinjaman peribadi untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), namun jatuh dalam perangkap pinjaman peribadi dan akhirnya mengumpul jumlah hutang tinggi.

Pinjaman peribadi bukanlah satu kemudahan yang harus diambil mudah. Kelemahan kebanyakan pinjaman peribadi ada dua:

  1. Kadar faedah tinggi (4%-30%/tahun, biasanya 7%-24%)
  2. Faedah dikenakan pada jumlah keseluruhan pinjaman (dan bukan baki pinjaman), setiap tahun, seperti pinjaman kereta/sewa-beli

Ini bermakna, sekiranya anda meminjam RM10,000 selama 5 tahun pada kadar faedah 10%, anda akan membayar 5 X 10% X 10,000 atau RM5,000 untuk faedah sahaja. Anda akan membayar RM15,000 untuk pinjaman RM10,000 dalam jangkamasa 5 tahun. Bayangkan jika faedah lebih tinggi dan jangkamasa pinjaman lebih lama.

Jika hendak melabur dalam ASB, pinjaman peribadi bukan pilihan terbaik, sebab ASB memberi pulangan 6-7% setahun, dan pinjaman peribadi secara umumnya mempunyai kadar faedah lebih tinggi daripada ini. Ada banyak pinjaman pembiayaan ASB yang ditawarkan oleh bank-bank dan ini pilihan terbaik untuk melabur dalam ASB.

Apabila Pinjaman Peribadi Boleh Jadi Berguna

Pinjaman peribadi boleh jadi berguna untuk kecemasan, seperti sekiranya anda jatuh sakit teruk seperti barah dan tiada/tidak cukup perlindungan insurans. Ada juga yang membuat pinjaman peribadi untuk membayar hutang kad kredit atau membayar deposit rumah, walaupun ada beberapa pilihan lain yang mungkin lebih baik, seperti khidmat pindahan kredit untuk hutang kad kredit atau mengambil pinjaman rumah 100%.

Selain daripada keadaan-keadaan genting seperti ini, jangan sewenang-wenangnya membuat pinjaman peribadi.


Pepatah Pepitih: Jangan buat pinjaman tanpa tujuan atau mengira berapa banyak anda harus bayar pada akhir jangkamasa pinjaman.


Gali Lagi:

  1. Artikel pengenalan tentang ASB: Klik Sini
  2. Artikel tentang pinjaman peribadi di Free Malaysia Today: Klik Sini
  3. Artikel RinggitPlus tentang keburukan mengambil pinjaman peribadi: Klik Sini
  4. Artikel iMoney tentang pinjaman peribadi: Klik Sini
  5. Artikel yang mana lebih untung – menyimpan ASB setiap bulan atau membuat pinjaman ASB: Klik Sini
  6. Pindahan baki untuk membayar hutang kad kredit: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button