Cukai

Video Yang Bagus Tentang Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) LHDN

Kami terjumpa video ini yang menerangkan PKPS dengan jelas dan teratur:

Under declare or fail to declare your taxes previously? This is your best chance to get clean with LHDN. Next week on SVDP FAQ. Like our Facebook SQL Account – EStream HQ for weekly updates on tax, accounting, HR, and business knowledge. ———————————-? 00:18 What is Special Voluntary Disclousure Program (SVDP)?? 00:58 What is new in this SVDP?? 01:26 Why go for SVDP?? 02:52 How to SVDP?? 03:26 SVDP: cost vs benefit case study? 05:07 Two rates of 10% & 15% penalty#SVDP

Posted by SQL Account – EStream HQ on Friday, 15 February 2019

Video ini dihasilkan oleh ANC Hub, sebuah firma rundingan cukai yang memberi khidmat kepada syarikat dan individu di Malaysia tentang pengurusan cukai.

Video ini menerangkan PKPS atau Special Voluntary Disclosure Programme (SVDP) sebagai program untuk mereka yang tidak pernah mengisytihar pendapatan atau tidak tepat semasa mengisytihar pendapatan mereka.

Tarikan utama PKPS ialah kadar penalti 10-15% sahaja – lebih rendah daripada mana-mana program sebelum ini sebanyak 20-35% – di samping satu lagi tawaran hebat – tiada audit akan dikenakan. Ini bermakna pengisytiharan itu akan diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan terbuka.

Pembayar cukai yang pernah/tidak pernah mengisytihar atau mendaftar dengan LHDN, anda hanya perlu mendaftar dan mengisytihar untuk tahun yang tidak disiytihar. Manakala mereka yang melapor dengan tidak tepat hanya perlu memberi pengisytiharan bertulis kepada LHDN dalam e-mel atau surat tentang pembetulan ini.

PKPS ialah untuk tahun 2017 dan sebelumnya dan hanya boleh dilakukan pada tahun ini (2019) untuk tahun-tahun tersebut.

Contoh yang diberi ialah sekiranya pada tahun 2017, anda ada RM100,000 pendapatan yang tidak diisytihar. Dengan kadar cukai 24%, jumlah cukai perlu dibayar ialah RM24,000. Senarai di bawah menunjukkan kadar denda yang perlu dibayar atas jumlah cukai ini, sekiranya anda diaudit oleh LHDN.

  1. Kadar biasa, sebelum Julai 2019: RM24,000 X 45% = RM10,800
  2. Kesalahan berulang, sebelum Julai 2019: RM24,000 X 100% = RM24,000
  3. Selepas Julai 2019 (kadar denda minimum): RM24,000 X 80% = RM19,200
  4. Selepas Julai 2019 (kadar denda maksimum): RM24,000 X 300% = RM72,000
  5. Kadar denda istimewa PKPS Mac 2019: RM24,000 X 10% = RM2,400 sahaja.

Apa yang tidak dinyatakan dalam video ini ialah kadar denda pengisytiharan sebelum Julai 2019 di bawah PKPS ialah 15%, jadi denda yang mungkin dibayar: RM24,000 X 15% = RM3,600.

Jelas di sini, PKPS memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengisytihar dan membayar cukai dengan jujur dan sah tanpa bebanan denda yang tinggi sehingga 300% jumlah cukai.

Kami nasihatkan anda yang berminat dengan PKPS sama ada untuk cukai individu anda atau untuk syarikat, mendapatkan khidmat perunding cukai seperti ANC Hub untuk menyelesaikan masalah pengisytiharan cukai anda.


Pepatah Pepitih: Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan bayarlah cukai yang sepatutnya anda bayar. Ambil peluang keemasan ini.


Gali Lagi:

  1. Baca penerangan asal kami tentang pengumuman PKPS: Klik Sini
  2. Video ringkas PKPS dalam Bahasa Inggeris: Klik Sini
  3. Video PKPS dalam Bahasa Mandarin: Klik Sini
  4. Video PKPS dalam dialek Kantonis: Klik Sini
  5. Berhati-hati semasa menunjuk kekayaan anda di media sosial: Klik Sini
  6. Iqram Dinzly diisytihar bankrap akibat tidak membayar tuntutan LHDN. Adakah anda juga berisiko?: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button